“Alif Boleh Ambil Mama Malam Ni?” – Nora Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arw@h Anak

Penyanyi Nora Ariffin mengimbau detik kenangan bersama arw@h anaknya, Alif sewaktu hayatnya.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 46, menerusi Instagram Story miliknya malam tadi.

“Setiap malam waktu-waktu begini, bila Alif ada di rumah, dialah yang akan menemani saya minum air sambil berborak. Masa kualiti untuk kami.

“Setelah Johan tak ada, Iman berkahwin dah tinggal berasingan. Alif lah yang menjadi anak lelaki di rumah. Bila dia habis kelas, dia mesti balik rumah.

“Dialah pendengar segala cerita, teman berbual, teman keluar jalan-jalan bersama adik-adik lain, penasihat, peminat, penyokong dan pengkritik saya,” luahnya.

Bahkan, pelantun lagu Hanya Satu itu turut mencoretkan perbualan terakhirnya bersama Alif.

“Alif boleh ambil mama malam ni? ‘Boleh..kenapa tak boleh pulak…’

“Jawapan terakhir Alif pada saya,” tulisnya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, men1nggal dvnia secara mengejut di kediamannya pada 14 Disember lalu.

Terdahulu, anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan reb@h di rumahnya selepas pulang menghantar Nora ke lapangan terbang.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Alif Boleh Ambil Mama Malam Ni?” – Nora Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arw@h Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*