Ters3bar Video Mesej Mesra Dengan Wanita Punca Pertunangan Zara Zya Pvtus Tunang?

KUALA LUMPUR: “Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan. Saya tidak tahu apa tujuan dia memuat naik rakaman itu di laman sosial”.

Demikian penjelasan pelakon Zara Zya mengenai video mesej mesra bersama seorang wanita yang tular di media sosial sejak semalam.

Menafikan isu itu sebagai punca dia dan pelakon, Hafreez Adam, putus tunang, bulan lalu, Zara berkata, tidak timbul persoalan kehadiran orang ketiga yang menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mulai dari hari ini, saya akan…

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

“Sump4h, itu bukan punca kami putus kerana saya dan wanita terbabit hanya berkawan. Serius, saya bukan ke arah itu (hubungan sej3nis).

“Rasanya orang lain pun apabila bermesej dengan kawan perempuan yang rapat, pasti ada menyebut perkataan sayang,” katanya.

Ditanya mengenai video yang tular itu, Zara berkata, dia sudah mendapatkan penjelasan wanita itu, namun tidak pasti mengapa dia memuat naik rakaman itu.

Zara juga menyifatkan tindakan penyebaran video itu secara tidak langsung akan dijadikan alasan oleh orang luar untuk memperbesarkan isu dia putus tunang.

“Mungkin ada orang sengaja mahu mencetuskan isu, sedangkan bagi saya, ia hanya perkara kecil,” katanya.

Sementara itu, Hafreez ketika dihubungi, turut menafikan kehadiran wanita itu sebagai punca dia dan Zara berpisah.

Hafreez berkata, tidak mungkin bekas tunangnya itu menjalin hubungan sej3nis kerana sepanjang mengenali Zara, dia tidak pernah melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka.

“Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik.

“Saya tidak tahu, tetapi mungkin juga ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Namun, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai isu ini kerana dia bukan tunang saya lagi.

“Saya juga tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadinya,” kata Hafreez.

Terdahulu, Hafreez memaklumkan, hubungannya dengan Zara terlerai selepas sebulan mereka bertunang. Pasangan itu bertunang pada 12 Oktober lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: KHALIFAH MEDIA

Be the first to comment on "Ters3bar Video Mesej Mesra Dengan Wanita Punca Pertunangan Zara Zya Pvtus Tunang?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*