Jihan Muse usik Tunku Azizah – “Thank you Mama”-

Setiap perkongsian status yang dimuatnaik Raja Permaisuri Ag0ng, Tunku Azizah Aminah Maimunah menerusi akaun Twitternya sentiasa menjadi perhatian netizen. Bahkan, sikap Tunku Azizah yang mesra dan bersahaja di laman Twitter menjadikan baginda lebih dekat dengan rakyat.

Terbaharu, Tunku Azizah ada memuatnaik satu tweet dengan memaklumkan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah mengalami dem4m panas. “Anak bongsu.. anak manja, Kesian Jihan demam, get well soon sayang” ucap Tunku Azizah berdasarkan kapsyen yang disertakan dengan fotonya bersama Puteri Jihan.

Namun, satu perkara yang melucukan telah terjadi apabila pengacara dan pelawak iaitu Jihan Muse mengusik Tunku Azizah dengan membalas komen menerusi tweet Tunku Azizah tersebut dengan menulis “Thank you mama.” memandangkan Jihan Muse juga mempunyai nama yang sama seperti puteri bongsu permaisuri, Puteri Jihan.

Tweet Jihan ternyata mencuit hati netizen selepas melihat komen berkenaan. Steady lawak Jihan.

Tweet kelakar Jihan sekaligus telah meraih 13,400 retweets dan 24,200 likes serta ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi netizen.

Beberapa netizen turut mengusik Jihan dengan mengatakan lawak jenaka Jihan semakin kelakar selepas baru-baru ini telah memenangi Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards ACCA) 2019 bagi drama bersiri Keluarga Baha Don. Jihan juga buat kali pertamanya telah memenangi anugerah buat negara tercinta selepas bersaing dengan beberapa pelawak lain dari China, Thailand dan Filipina.

“Makin kelakar dia ni sejak menang anugerah Asia, see her level”- Netizen

Selain itu, tweet oleh Tunku Azizah telah menerima komen-komen daripada rakyat jelata yang mendoakan kesihatan yang baik buat Puteri Jihan.

Jihan tak sah kalau tak lawa kan. Steady je komen dekat tweet Tunku Azizah, siap panggil Tunku Azizah mama lagi tu. Hehehehe. Jihan jihan, terbaik lawaknya. Apa-apa pun, semoga cepat sihat yaa Puteri Jihan.

Sumber: Twitter Tunku Azizah, Jihanmuse / newsbd78.info

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Jihan Muse usik Tunku Azizah – “Thank you Mama”-"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*