“Alamak Sama Macam Aku, Apa Kata Dia Ganti MeleTOP ” – Neelofa Terkesima Kanak-Kanak Ini Mirip Mukanya!

Beberapa hari lalu, seorang kanak-kanak mencetuskan fenomena di sosial media apabila wajahnya dikatakan mirip selebriti terkenal Neelofa.
 
Malah, gambar kanak-kanak tersebut turut dikongsi di akaun Twitter Neelofa sendiri, 8 Disember lalu.
 
Namun semalam, Che Naura Auni Che Fahdullah, 5, akhirnya dipertemukan dengan Neelofa apabila membuat kemunculan di program MeleTOP.
 
Seperti yang dijangka, Neelofa sendiri terkejut dengan wajah adik Naura yang terlalu mirip dengannya.

 
“Sama macam aku lah, tahi lalat dia, betuk mata pun sama. Masa aku kecil dulu pun sama.
 
“Apa kata dia ganti MeleTOP nanti,” kata Neelofa berseloroh.
 

Selain Neelofa, rakan pengacaranya, Nabil Ahamd turut teruja dengan kemunculan kanak-kanak berkenaan.
 
“Sama weh, aku tengah terkesima ni sebab ini pertama kali tengok.
 
Pada anda yang terlepas menonton MeleTOP semalam, anda boleh lihatnya di bawah.
 

Untuk makluman anda, program MeleTOP bersiaran setap Selasa jam 9 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Alamak Sama Macam Aku, Apa Kata Dia Ganti MeleTOP ” – Neelofa Terkesima Kanak-Kanak Ini Mirip Mukanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*