“Mereka Kreatif & Powerful!” – Imran Ajmain Puji O.N.E Bawa Lagu Seribu Tahun Versi Baru, Beri 10/10!

Penyanyi asal lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain memuji kesungguhan kumpulan One Nation Emcees (O.N.E) menyanyikan lagu itu dalam versi terbaharu pada konsert ke-10 Ahad lalu.

Kata Imran, kumpulan itu berevolusi menjadi penghibur yang baik dan punyai potensi besar untuk pergi lebih jauh selepas Gegar Vaganza 2019 (GV2019).

“Saya rasa mereka ada cara tersendiri walaupun ada dalam kalangan netizen yang tidak puas hati terutamanya di Twitter.

“Namun saya dapat rasakan mereka kreatif, ‘powerful’ dan sangat lain daripada lain. Semestinya boleh pergi jauh!

“O.N.E lebih besar daripada dulu-dulu. Persembahan mereka Ahad lalu saya berikan 10/10,” kata Imran.

Imran turut menyangkal pandangan segelintir pihak yang menganggap lagu Seribu Tahun tidak sesuai dinyanyikan dengan konsep ‘s@kit m3ntal’.

“Orang ramai selalu menganggap pertandingan nyanyian adalah ‘siapa yang menyanyi lebih baik’.

“Namun, berbeza bagi GV kerana setiap peserta mesti ada drama dan gimik. Takkan nak menyanyi seperti karaoke?” jelasnya.

O.N.E yang dianggotai Mimi, Sabhi Saddi, Kozae dan Jojo mempersembahkan dua buah lagu pada konsert ke-10 iaitu Seribu Tahun dan Drama.

Hasilnya, O.N.E berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga selepas Hady Mirza dan Naqiu Boboy sekali gus berjaya mara ke final minggu ini.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Mereka Kreatif & Powerful!” – Imran Ajmain Puji O.N.E Bawa Lagu Seribu Tahun Versi Baru, Beri 10/10!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*