“Kalau Sudah Berkahwin Semua Itu Dibuat Untuk Kebaikan ..” – Ardell Aryana Buka Pusat L@ser Bulu

Pelakon Ardell Aryana melebarkan lagi bidang perniagaan dengan membuka pusat l@ser bulu bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng. 

Menerusi laporan Astro Awani, Ardell menyatakan ini merupakan cawangan ketiga selepas di Subang Jaya dan Midvalley.

“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.

“Biarpun jarak usia kami dekat tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.

“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.

“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini. Ia merupakan cawangan ketiga yang dibuka di Publika, Solaris Duta Hartamas selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley,” kata Ardell.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa turut menekankan mengenai penjagaan kebersihan sebagai seorang wanita yang beragama Islam.

“Pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.

“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.

“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat.

“Kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami. Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan ef3ktif,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Awani via GEMPAK

Be the first to comment on "“Kalau Sudah Berkahwin Semua Itu Dibuat Untuk Kebaikan ..” – Ardell Aryana Buka Pusat L@ser Bulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*