“Cantik Tak I Berenang Dengan S@mpah?”- Usaha Selamatkan Sungai Maya Karin Dipuji

Selepas dilantik sebagai duta  ikon River of Life (ROL),  pelakon dan penyanyi Maya Karin tampil dalam iklan kempen pelihara sungai.

Menerusi iklan tersebut, Maya, 40, dilihat berenang di dalam sungai yang dipenuhi s@mpah.

Maya turut memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhenti membuang s@mpah di dalam sungai supaya mengelak dari penc3maran.

“Cantik tak I berenang dalam s@mpah?” tulisnya.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu berkongsi video iklan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun usaha Maya mahu menggalakkan orang ramai memelihara sungai dipuji pengikutnya.

Rata-rata menyifatkan Maya layak menjadi idola mereka.

Maya baru-baru ini dilantik selaku duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula awal tahun ini.

Terdahulu, Maya pernah menujukkan keperihatinan terhadap alam sekitar terutama pencemaran sungai di dalam sosialnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#riveroflife riveroflifekl #duta @riveroflifekl & @kwp.my . 👗 @robinsons.my @makeupbydeqsha

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Cantik Tak I Berenang Dengan S@mpah?”- Usaha Selamatkan Sungai Maya Karin Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*