“Saya percaya…”- Mira Filzah akui sedang ‘berkawan’ dengan seseorang

 

Siapa tidak kenal dengan selebriti cantik ini, Mira Filzah yang sentiasa mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai drama. Malah lakonannya juga pasti trending dimedia sosial.

Ini kerana, Mira Filzah diantara selebriti tanah air yang memiliki peminat yang bukan sikit jumlahnya. Lihat saja dilaman Instagram, dia merupakan salah seorang pelakon wanita yang mempunyai jumlah followers yang ramai sehingga kini sudah mencecah 5.6 juta.

Oleh sebab, Mira Filzah juga berlakon dalam pelbagai drama yang hebat-hebat, pasangan gandingannya juga bukan biasa-biasa. Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah peminat drama tempatan suka melihat pasangan drama menjadi pasangan realiti.

Itu juga tidak dapat dielak Mira Filzah, malah sudah beberapa pelakon lelaki terkenal seperti Remy Ishak dan Zizan Razak juga pernah dikaitkan bersamanya.

Namun begitu menerusi sumber, pelakon drama Sweet Dreams ini dikatakan sudah berjumpa seseorang dan bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

Mira Filzah akui berkawan

Pelakon ini menurut Harian Metro, mengatakan Mira Filzah akui berkawan dan sedang dalam proses mengenali seseorang. Namun begitu, katanya juga masih terlalu awal untuk pelakon popular ini untuk berkongsi lebih lanjut tentang hal berkenaan.

“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, baginya kini dia lebih selesa untuk berkongsi mengenai hal kerjayanya dan meminta agar mendoakan yang terbaik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro via HCL

Be the first to comment on "“Saya percaya…”- Mira Filzah akui sedang ‘berkawan’ dengan seseorang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*