“Kononnya Nak Berkumpul Semua Adik Beradik, Last-Last…”- Kampung Achey Banjir!

Pelawak dan penyanyi Achey tidak menyangka apabila buat pertama kalinya, kampung orang tuanya di Labis, Segamat Johor dilanda banjir.

Rancangan Achey pada mulanya untuk menyambut hari lahir serta berkumpul bersama keluarga beramai-ramai bertukar apabila kampungnya mula dinaiki air dan banjir.

Namun Achey gembira melihat anak buahnya teruja merasai pengalaman banjir di kampung.

“Kononnya nak berkumpul semua adik beradik, sambut birthday dan ‘bergathering’ bersama… semua balik cun-cun… last-last birthday kemana, gathering kemana… semua kelam kabut melayan banjir.

“Sebenarnya sebab first time cucu- cucu Hamzah ni dapat tengok banjir kat kampung Atuk dia… ..

“Apa-apa pun menghiburkan keluarga lebih puas terasa …kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka…” tulisnya.

Achey yang juga ahli kumpulan Bocey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama isteri serta anak bauhnya menaiki kereta pacuan empat roda merentasi banjir.

Rata-rata terhibur melihat gelagat Achey dan anak buahnya.

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak lapan tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Kononnya Nak Berkumpul Semua Adik Beradik, Last-Last…”- Kampung Achey Banjir!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*