K@ntoi! Anak Lelaki Menyamar Jadi Ibu Untuk Ambil Ujian Memandu

Ujian memandu biasanya diambil dalam lingkungan usia muda kerana remaja lebih mudah membiasakan diri dengan kemahiran baru dan menuruti arahan.

Orang dewasa pula lebih sukar untuk melalui perubahan kerana pemikiran mereka yang telah ‘tetap’ disebabkan oleh pengalaman hidup. Usia juga memberi kesan pada keupayaan kognitif mereka yang boleh mengh@lang pembelajaran.

Oleh itu tidak hairanlah kebanyakkan orang dewasa sukar untuk mempelajari atau menerima sesuatu pengetahuan yang baru.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Maria Schiave dari Brazil yang cuba mendapatkan lesen memandu pada usia 60 tahun. Pada percubaan keempatnya mengambil ujian memandu, Maria tiba 2 jam lewat.

Namun pegawai pemeriksa Aline Mendonça berkata dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Dia seolah tidak percaya apabila melihat seorang lelaki berpakaian seperti perempuan dengan membawa beg tangan serta memakai kain, baju berbunga dan anting-anting.

Aline tidak berkata apa-apa, tetapi secara senyap meminta rakannya untuk menghubungi polis, sebelum membenarkan lelaki yang menyamar itu untuk mengambil ujian berkenaan.

Selepas polis tiba untuk menangkapnya, lelaki itu didedahkan sebagai anak Maria, Heitor Márcio yang merupakan seorang mekanik.

Heitor berkata dia melakukan perkara itu untuk ibunya yang tidak mengetahui tentang rancangannya.

Sementara itu orang ramai mengkritik pihak polis yang menangkap Heitor kerana terharu lelaki itu cuba membantu ibunya.

Namun kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana mengambil lesen secara tidak sah untuk pemandu yang tidak berkemahiran boleh membah@yakan ny@wa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: LAD Bible via HCL

Be the first to comment on "K@ntoi! Anak Lelaki Menyamar Jadi Ibu Untuk Ambil Ujian Memandu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*