“Dua Kali Dia Usap Kepala Saya, Macam Tak Nak Lepaskan” Hargai Pasangan Sebelum Terlambat, Wanita Ini K0ngsi M0men Keh1langan Suami Ketika Baru Setahun Bernikah

PEMERGIAN suami tercinta lebih setahun lalu akibat kem@langan jalan raya masih memberi k3san mendalam dalam hidup Nadia Syahira Sabirin.

Mesikpun diuji ketika usia perkahwinannya masih setahun jagung, wanita berusia 22 tahun itu tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

Malah Nadia sering meluahkan rasa rindu terhadap arw@h suaminya, Mohammad Ashraf Rusnin menerusi penulisan di Facebook dan Instagramnya.

Ternyata luahan hati Nadia menasihati pasangan suami isteri supaya menghargai antara satu sama lain berdasarkan pengalaman dilaluinya benar-benar meruntun hati netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan bicara kata dari hati wanita berasal dari Pontian, Johor itu.

“Kenyataan paling perit untuk diterima. Rindu yang tiada berpenghujung. Sabar dan tabahlah sis hadapi ujian ini,” kata Adnan.

Nadia mengenali suaminya sejak di bangku sekolah menengah lagi sebelum mereka disatukan pada usia 20 tahun.

“Baru semalam saya nampak awak punya post. Tersentuh rasa hati ni bila baca. Memang saya terasa sangat dengan kisah awak. Saya baru je kahwin tapi kerap g@duh. Bila baca kisah awak buatkan saya selalu tenung wajah suami saya,” kata seorang netizen.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Nadia meny1fatkan mereka yang masih ada pasangan amat beruntung kerana Allah beri peluang untuk merasa nikmat berkasih sayang bersama orang tercinta.

“Hargai sebelum terlambat. Ketepikan ego. Buang sikap neg@tif. Sayangilah pasangan dengan sepenuh hati. Bila Allah panggil pasangan kau ‘pulang’ hidup kau takkan seindah masa pasangan kau ada.

“Sekali pun kau dapat orang baru pengganti tu takkan sama seperti dirinya yang terdahulu. Seribu yang datang takkan sama dengan satu yang pergi. Jangan waktu tu baru nak menyesal,” katanya.

Jelas Nadia perkongsian itu dibuat kerana sedih melihat keadaan sekeliling pada hari ini.

“Saya jenis yang suka menulis sebenarnya. Lepas tu macam saya nak share apa yang saya rasa berdasarkan pengalaman saya sebab sekarang macam-macam 1su berlaku.

Nadia sering meluahkan rasa rindu terhadap suaminya di Facebook dan juga Instagramnya.

“Jadi saya ambil pendekatan menulis untuk beri kes3daran kepada orang ramai. Kita pun hidup tak lama. Bila kita tengok orang lain ada pasangan tapi tak hargai pasangan masing-masing saya jadi s3dih.

“Saya dapat rasa nikmat tu sekejap je. Jadi saya nak orang lain macam hargai apa yang mereka ada sebelum Allah tarik nikmat tu,” katanya.

Menceritakan det1k h1tam dalam hidupnya, Nadia berkata dia terpaku apabila mendapat tahu insiden menimpa suaminya ketika hendak pulang ke rumah dari tempat kerja pada 24 Oktober 2018.

 

“Biasanya sebelum pergi kerja dia akan usap kepala saya. Tapi masa tu dua kali dia usap… macam tak nak lepaskan. Lambaian dia pun macam dah boleh rasa sebenarnya tapi itulah saya tak faham sehinggalah saya dapat tahu berita mengejutkan itu.”

NADIA SYAHIRA SABIRIN.

 

“Waktu orang datang rumah beritahu kemalangan menimpa suami, saya menggigil satu badan saya. Saya tiba-tiba jadi blur, tak boleh nak hadam apa orang cakap.

“Bila saya pergi tempat kejadian jen@zah dah bertutup. Suami saya men1nggal serta merta di lokasi kejadian. Kalau nak dikira jarak rumah dengan tempat kem@langan tu lima minit je tapi nak buat macam mana dah tiba aj@l dia,” kata Nadia.

Malah Nadia mendedahkan suaminya turut menunjukkan sedikit perubahan beberapa hari sebelum dia men1nggal dun1a.

“Sehari sebelum dia men1nggal petang tu saya keluar dengan dia. Suami sebenarnya jenis ceria dan banyak cakap. Dia juga suka bergurau tapi petang tu dia diam je… tak cakap apa-apa.

Nadia bersyukur walaupun bergelar isteri kepada suaminya dalam tempoh yang singkat.

“Dia hanya pegang tangan saya tanpa cakap apa-apa. Seolah-olah dia tak nak lepas. Malam tu pula dia pergi kerja lambat. Dia cakap tak pelah nantilah dulu lambat sikit hari ni pun tak pe. Dia seolah-olah dah tahu dia dah nak pergi.

“Biasanya sebelum pergi kerja dia akan usap kepala saya. Tapi masa tu dua kali dia usap… macam tak nak lepaskan. Lambaian dia pun macam dah boleh rasa sebenarnya tapi itulah saya tak faham sehinggalah saya dapat tahu berita mengejutkan itu,” katanya.

Jelas Nadia lagi, dia amat bersyukur dapat menjadi isteri kepada suaminya itu walaupun hanya sekejap.

“Saya bersyukur menjadi isteri arwh. Kami kenal dah lama. Kami bercinta sejak zaman sekolah menengah sehinggalah disatukan ketika berusia 20 tahun. Jadi keserasian tu dah ada.

“Lagipun arwh jenis faham dan terima saya seadanya. Sejujurnya saya masih belum puas nak bermadu kasih dengan dia tapi hidup dan mat1 itu rahsia Allah. Saya reda,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber :mStar via KL PRESS

Be the first to comment on "“Dua Kali Dia Usap Kepala Saya, Macam Tak Nak Lepaskan” Hargai Pasangan Sebelum Terlambat, Wanita Ini K0ngsi M0men Keh1langan Suami Ketika Baru Setahun Bernikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*