‘Salam Terakhir’ Alif Johan buat rakan kampus seb@k – “Tak sangka ia persembahan terakhir untuk kami”

SALAH seorang daripada rakan universiti Alif Johan iaitu Faizal mendedahkan anak kepada penyanyi Nora itu ada membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Salam Terakhir yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman kira-kira sembilan hari lalu.

Menurut Faizal atau nama sebenarnya Muhd Faizal Zaihasram, 19, Alif Johan menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan yang membuatnya seb@k bagi konsert Clash of Talent yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Khamis lalu.

“Saya mengenali Alif kerana kami belajar di universiti yang sama. Dia memang popular sebab suara dia memang sedap.

“Ketika itu dia ada memasuki pertandingan Clash of Talent dan membuat persembahan solo dan menyanyikan lagu Salam Terakhir.

Faizal sempat bergambar kenangan bersama rakan-rakannya selepas menyaksikan persembahan Alif Johan.

“Dia menang, juara keseluruhan malam itu. Masa dia persembahkan lagu itu memang buat kami yang mendengar meremang bulu roma, rasa seb@k. Suara dia memang sangat merdu,” ujarnya.

Faizal merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam di Fakulti Filem, Teater dan Animasi semester dua manakala Alif Johan merupakan mahasiswa semester empat di fakulti sama.

Bercerita lanjut, Faizal berkata, dia berasa terkejut sewaktu dimaklumkan mengenai pemergian arw@h.

Faizal yang menyifatkan arw@h sebagai seorang yang sangat baik berkata, Alif kelihatan tidak teruja dan hanya tenang sewaktu diumumkan sebagai juara pada malam itu.

 

 

Masa mereka umumkan dia menang malam itu, dia (Alif) kelihatan tenang saja. Dia tak over react atau teruja, tak seperti orang lain. Tak sangka ia persembahan terakhir buat kami.

FAIZAL

 

“Sewaktu mendengar berita mengenai pemerg1an arw@h saya memang terkejut dan tak percaya. Lepas tengok di Twitter, ya berita itu betul.

“Yang saya boleh katakan, Alif seorang yang merendah diri… baik hati tiada apa yang nampak dia seorang yang neg@tif.

“Masa mereka umumkan dia menang malam itu, dia (Alif) kelihatan tenang saja. Dia tak over react atau teruja, tak seperti orang lain. Tak sangka ia persembahan terakhir buat kami,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi Nora Ariffin sekali lagi diuji apabila keh1langan anak keduanya, Aliff yang men1nggal dun1a pada pagi Sabtu.

Nora keh1langan suaminya, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017 lalu.

Sementara itu, pembantu peribadi Nora iaitu Jaja memaklumkan jen@zah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

B3dah s1asat bagi mengetahui punca sebanar kem@tian Alif akan dijalankan pada pagi Ahad.

Jen@zah seterusnya akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya untuk disembahyangkan dan akan dikebum1kan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tempat sama dengan kubvr arw@h bapanya.

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti Mentor Milenia 2019 namun tidak berjaya ke peringkat akhir.

Nora sebelum ini keh1langan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "‘Salam Terakhir’ Alif Johan buat rakan kampus seb@k – “Tak sangka ia persembahan terakhir untuk kami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*