“Paparazi P@lsu Ni Meny3dihkan!” – Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran

Pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa terk1lannya apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab merakam video memaparkan gelagat dirinya tanpa kebenaran.

Lebih menyedihkan apabila Amani, 33, mend@kwa video tersebut kemudian dikongsikan kepada umum sebelum tersebar di laman Twitter.

“Terdapat sebuah video yang menunjukkan reaksi saya terkejut tersebar di Twitter. Video berkenaan diambil secara senyap-senyap tanpa kebenaran saya.

“Pada masa sekarang, saya rasa hal seperti ini agaknya sudah dianggap okay. Merakam orang tanpa kebenaran dan meletakkan apa sahaja kapsyen yang anda suka dan letak di media sosial. Terk1lan,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan aktres filem Motif itu menerusi satu status yang dimuat naik di Twitter miliknya.

Jelas Amani lagi, dia kec3wa apabila tindakan ala paparazi tersebut dibuat demi meraih Retweet.

“Saya sangat okay untuk berjumpa dengan orang yang memang ikhlas suka dengan hasil kerja saya dan mahu bergambar atau mahu (merakam) momen bercakap dengan saya. Saya sentiasa berterima kasih dengan mereka.

“Namun, perangai paparazi p@lsu  ini sangat meny3dihkanlah. Apa yang orang buat dengan banyak-banyak retweet. Kasihan,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah video memaparkan reaksi aktres filem Sindiket itu terkejut ketika berada di hadapan kedai menjadi viral.

Difahamkan video tersebut dirakam senyap-senyap oleh individu yang berada berdekatan tanpa pengetahuannya.

Video berkenaan sudah mencecah lebih 6,000 retweets dan dikongsikan dengan pelbagai kapsyen jenaka.

Foto: Instagram Sharifah Amani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Paparazi P@lsu Ni Meny3dihkan!” – Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*