“Saya Lagi Mampu Berjalan Dengan Baik Apabila Mengenakan Kasut Tinggi Berbanding Flats,”

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya seorang penggemar kasut bertumit tinggi dan mempunyai koleksi yang banyak jika mahu dibandingkan dengan kasut tanpa tumit yang dimilikinya.

Malah akuinya kepada MH, dia juga sudah mulai mengenakan kasut bertumit seawal usia belasan tahun.

“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” seloroh Elfira.

Pada masa sama, apabila ditanya mengenai apa yang boleh diperkatakan mengenai kasut tinggi, bintang Kum Kum ini tidak menafikan rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut sedemikian.

 

“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif jenama kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bersama Neelofa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Neelofa ada pelawa saya untuk bersama-sama hadir memeriahkan pelancaran kerjasamanya bersama jenama kasut terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aaaaaaand finally i brought my stroller out hehe , Thanks mama for helping me with Rayyan today. @bugaboosea_ stroller is my favorite! Memang dari pregnant dah aim dah . They have a few range but i chose Bugaboo Fox , i think it suits my lifestyle, I want something that is strong , comfy , easy so stroll around event on the streets amd has a huge compartment to put my stuff . So , Fox it is. Anyways , you can checout any Bugaboo strollers at @happikiddo_ try je dulu macam kiteorang. Kalau tak cuba memang taktau apa kita nak. Dah nak dekat keluar besok decide. Last sekali belilah time ada sales ye. Jadi mak bapk ni sales is our bestfriend because we have to soend so many things lagi. Okay goodluck mommy and daddy!

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

“Sebagai rakan, saya turut berbangga dengannya atas kolaborasi ini dan sebab itulah saya hadir untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.

Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Saya Lagi Mampu Berjalan Dengan Baik Apabila Mengenakan Kasut Tinggi Berbanding Flats,”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*