“Pakai S3ksi Sebab Tak Nak Nampak Tua” – Adeline Tsen

Pelakon Adeline Tsen punyai alasan tersendiri apabila sering dikec@m netizen berdasarkan pakaian hariannya yang disifatkan s3ksi.

Jelas Adeline, 33, dia punyai alasan tersendiri atas caranya berpakaian.

“Mungkin sekarang berat badan saya sudah banyak susut jadi membuatkan saya lebih yakin untuk memakai baju s3ksi untuk menghadiri majlis.

“Lagipun saya tak nak nampak tua. Ramai yang tak sangka saya sudah menjengah usia 30-an kalau melihatkan penampilan saya ini.

“Saya pun tak adalah nak pakai terlampau s3ksi sebab saya masih menghormati majlis dan ikut tema yang ditetapkan.

“Sama seperti di media sosial, saya pun berpada-pada kalau nak muat naik gambar sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai kec@man netizen, kata Adeline dia sudah lali dan enggan mengambil pusing komen-komen neg@tif.

“Tak kisahlah apa orang nak kata sebab ayah saya tahu yang anaknya ini masih orang yang sama.

“Jangan menilai luaran tetapi kenal dulu dengan lebih mendalam.

“Jika ada komen yang mel@mpau di media sosial, saya block saja. Lagipun, Instagram sekarang sudah boleh kawal komen-komen netizen,” tambahnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Pakai S3ksi Sebab Tak Nak Nampak Tua” – Adeline Tsen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*