Penyanyi Azlan & The Typewriter akhirnya kembali dengan lagu terbaru yang berjudul Jangan Kh1anati Aku.
Menurut Azlan, inilah projek pertama baginya berkolaborasi bersama syarikat rakaman Indigital Music.
“Lagu ini mengambil masa hampir dua tahun untuk dihasilkan, akhirnya ia sempurna setelah menemui lirik yang bersesuaian dengan melodi indah lagu ini,” katanya.
Lagu Jangan Kh1anati Aku merupakan runut bunyi untuk slot drama Pesan Pada Hati merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Saudara Dark.
Meninjau laman Instagram Azlan, dia kini sedang sibuk menjalani rangka promosi bagi lagu terbaru itu di stesen-stesen radio serta program TV tempatan.
View this post on InstagramPromo tq to #mingguanwanita tq to #astro Kerana memberi ruang utk lagu ini ….
Lagu Jangan Kh1anati Aku kini sudah menerima hampir lebih 450,000 tontonan di laman Youtube selepas sebulan dikeluarkan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Jangan Kh1anati Aku” – Dua Tahun Tersimpan, Akhirnya Azlan & The Typewriter Kembali"