Donnie Yen ‘follow’ Hairul Azreen menerusi Instagram membuatkan peminatnya turut teruja dengan berita berkenaan.
Ini kerana, Donnie Yen merupakan salah seorang pelakon popular Hong Kong yang bukan saja terkenal di kalangan peminatnya namun ramai selebriti turut mengagumi bakatnya dalam dunia lakonan.
Semalam pula, pelakon popular ini menjadi tumpuan peminat filem aksi di majlis sidang media Ip Man 4: The Finale. Apa yang menjadi perhatian juga menerusi Instagram, Hairul Azreen dilihat dapat menemui Donnie Yen.
Perkongsian foto dan juga video dilaman Instagram miliknya itu mendapat perhatian tidak hanya peminatnya malah rakan selebriti turut meninggalkan reaksi positif buat suami kepada selebriti cantik, Hanis Zalikha.
Tidak hanya itu, Hairul Azreen yang mana menerusi posting mengucapkan terima kasih buat pelakon popular filem aksi itu turut mendapat komen daripada dia.
Komen ditinggalkan Donnie Yen menggunakan laman Instagram miliknya itu membuatkan ramai teruja. Apatah lagi dia turut berterima kasih buat Hairul Azreen.
Dalam pada itu, Hairul Azreen yang turut tergamam apabila pelakon terkenal dalam dunia filem itu turut ‘follow’ laman Instagram miliknya. Reaksi gembira menerusi video terbaru dimuat naik meraih lebih 260,000 tontonan yang turut bangga.
View this post on InstagramIm speechless 😶 @donnieyenofficial follows my instagram. Thank you so much sifu 🙇🏼♂️
Bukan beshe beshe
Kebanggaan anak seni kan…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Hairul Azreen via HCL
Be the first to comment on "Donnie Yen ‘follow’ Hairul Azreen di Instagram, siap tinggal komen!"