“Mek Kelate Meme Comey Belako” – Dua Gadis Kelantan Ini Curi Tumpuan

Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sekeping foto dirinya bersama usahawan terkenal berasal daripada Kelantan, Neelofa. 

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya. 

“Dapat jugok bergamba denge idola kito. Banggo bena dengan anok Kelate. Mekwa doakan kak Lofa sentiasa dirahmati Allah dan bahagia disamping yang tersayang,” tulis Mawar sebagai kapsyen. 

Foto dua selebriti asal negeri Cik Siti Wan Kembang itu diambil semasa Mawar menjadi tetamu program MeleTOP bagi mempromosikan drama siri lakonannya berjudul Thank You Kapten bersama pelakon Hisyam Hamid.

Menerusi laman Instagram MeleTOP yang turut mengulang siar foto Mawar, ramai warganet yang terdiri daripada anak Kelantan turut sama memberikan komen yang positif.

“Saya orang Kelantan, mestilah gadis-gadis Kelantan comel-comel belako,” ujar seorang warganet. 

“Meme mek-mek Kelate comel-comel saja dok puah kelih peramoh-peramoh pulak tu,” puji seorang warganet. 

“Kawe sokong Kelate comey terutamanya sebeloh Pasir Mas sebab sempadan Siam,” kata seorang warganet lagi. 

Sekadar info, Mawar merupakan selebriti kelahiran program Dewi Remaja pada tahun 2015. 

Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raden Mohammed Rafael, 9 bulan. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Mek Kelate Meme Comey Belako” – Dua Gadis Kelantan Ini Curi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*