Bukan untuk diri sendiri tetapi Janna Nick shopping buat agent-agent dan itu didedahkan selebriti terkenal ini menerusi laman Instagram miliknya.
Selain bergelar pelakon berbakat besar dalam industri seni tanah air, Janna Nick juga merupakan salah seorang usahawan muda berjaya.
Malah produk keluaran pelakon ini juga mendapat tempat dihati netizen. Bagaimanapun, Janna menerusi posting melalui Instagram ini berkongsi perkembangan baik perniagaannya.
Janna Nick ‘shopping’
“Rasa happy sangat bila dah mampu nak bagi reward dekat agent2 I… (memang tiap-tiap bulan kita ada reward untuk top agent! tapi kalini lain sikit) hopefully next year boleh bagi kereta pulak dekat top agent I…” tulisnya.
Dia turut mengatakan bermula dari seorang pekerja namun sudah mampu untuk ‘gajikan’ hampir 10 orang pekerja.
Dalam pada itu, pelakon muda ini turut memuat naik satu rakaman video yang meraih lebih 200,000 tontonan yang turut memujinya.
Video berdurasi lebih 3 minit itu dapat menyaksikan Janna Nick shopping jenama mewah buat agent untuk perniagaannya.
Diruangan komen, rata-rata memberikan maklum balas positif buat Janna Nick selain mendoakan agar rezeki perniagaannya semakin maju.
Wahhhh banyaknye dia shopping, untungnya…
Untung siapa jadi agent agent Janna…
Didoakan semoga business semakin maju…
Patutla bisnes maju…
Netizen turut memuji cara Janna memberikan hadiah buat pekerjanya selain percaya caranya itu membuatkan perniagaan maju.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Janna Nick via HCL
Be the first to comment on "Janna Nick ‘shopping’ jenama mewah bukan untuk diri sendiri dapat pujian"