Berbual Bahasa Isyarat, Ramai Yang Puji Gadis Ini

Memiliki kemampuan untuk berbual bahasa isyarat adalah kelebihan yang tidak ada pada semua orang. Kelebihan gadis ini berbual menggunakan bahasa isyarat membuatkan videonya tular di sosial media.

Video yang dikongsikannya melalui laman Twitter itu memaparkan dirinya sedang berbual dengan seorang pak cik dengan menggunakan isyarat tangan sambil diperhatikan dua rakannya yang lain.

Menurut pemilik akaun tersebut, Nursyafika Ezati binti Sukarni @ Suhaimi, video tersebut dirakam ketika dia dan rakan sekelas debat Bahasa Melayu sedang menyertai aktiviti kokurikulum program University Community Engagement (UCE). Program ini wajib bagi pelajar semester 3.

Gadis 21 tahun ini merupakan pelajar degree in fashion design di UiTM Shah Alam. Video berdurasi 14 saat itu dirakam di Bengkel Daya Klang (BDK), Selangor.

Cerita Nursyafika, pakcik yang ditemuinya itu bernama Abdillah dan dia sememangnya menetap di situ kerana b1su dan pekak. Pak cik Abdillah tinggal di situ sejak 2005 dan menurutnya hanya dia seorang sahaja yang tidak boleh bercakap semasa program tersebut.

Nursyafika yang boleh berbicara menggunakan bahasa isyarat kerana mempunyai adik beradik yang tidak boleh bercakap, mula berbual dengan pak cik Abdillah. Pada awalnya ketika program tersebut dia ternampak pak cik itu berbual dengan rakannya menggunakan bahasa isyarat membuatkan gadis ini rasa mahu menegurnya.

Sepanjang perbualan bersama pak cik Abdillah berkongsikan tentang latar belakangnya dan kata-katanya turut menyentuh hati.

Tambah Nursyafika lagi dia belajar mengenainya dari buku bahasa isyarat dari kakaknya yang belajar di sekolah rendah pendidikan khas.

Berikut adalah video yang tular:

Rata-rata netizen memuji kelebihan yang ada pada gadis ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: eiizaty via HCL

Be the first to comment on "Berbual Bahasa Isyarat, Ramai Yang Puji Gadis Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*