[VIDEO] “Abg rindukan sayang” Tweet Lelaki Ini Di Sisi Kubur Buat Netizen Sebak

Jika anda pengguna laman media sosial Twitter, pasti anda tahu perkara trending di Twitter baru-baru ini iaitu pasangan bercinta membuat perbandingan kisah cinta mereka antara dulu dan sekarang.

Contoh trending di Twitter

 

Walaubagaimanapun, satu tweet perbandingan kisah cinta seorang lelaki dengan nama akaun Acong ataupun nama sebenarnya Khairul Azwan Razali, telah menyentuh hati netizen.

Jika pasangan lain manyahut cabaran trending tersebut dengan mengabadikan gambar bersama kekasih hati masing-masing, Acong hanya mampu bergambar di sisi kubur Allahyarhamah isterinya.

 

Menurut Acong, isterinya yang dikenali sebagai Nur Syamimi Alia Mazlan telah kembali ke Rahmatullah selepas disahkan penyakit kanser pada tahun 2016.

Lebih menyentuh hati netizen apabila Acong memberitahu  dirinya sudah mengetahui tentang penyakit isterinya sebelum mereka berkahwin lagi dan tekad meneruskan perkahwinan.

“Abang hanya rindu dekat sayang”

 

Acong dan isteri mula menyemai cinta pada tahun 2011 ketika masing-masing mengikuti kumpulan umrah yang sama.

Walaupun tahu mengenai keadaan bakal isterinya ketika itu, Acong tetap mahu meneruskan perkahwinan agar dapat dia menjaga Nur Syamimi sebagai isterinya hingga akhir hay@t.

Menurut Acong, keadaan kesihatan isterinya semakin merosot selepas pulang daripada menunaikan umrah.

Lebih menyedihkan, pada 13 Ogos 2019, isterinya menghembuskan naf@s terakh1r.

Walaupun Acong redha dengan pemergian isteri, namun kasih sayang dan rindu menguatkannya untuk menziarahi kubvr isterinya hampir setiap hari setiap kali pulang selepas habis bekerja.

Malah, hubungan baik antara Acong dan keluarga mertua masih lagi baik sehingga hari ini.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: YOY NETWORK

Be the first to comment on "[VIDEO] “Abg rindukan sayang” Tweet Lelaki Ini Di Sisi Kubur Buat Netizen Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*