“Jangan Bawa Sikap Suka Memb@wang Masuk Tahun 2020” – Vivy Yusof Gesa Netizen Lebih Mat@ng

Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof berharap agar warganet meninggalkan sikap suka ‘memb@wang’ menjelang masuk tahun baru 2020.

Menurut Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 32, dia sendiri tidak suka bercakap perihal gos1p dan berharap orang ramai semakin mat@ng untuk masuk ke tahun baru. 

“Saya seorang yang tak suka ‘memb@wang’. Sebagai manusia semestinya kita ada melalui pelbagai cabaran dan berdepan momen neg@tif tapi saya memilih untuk berkongsi kepada ahli keluarga dan teman rapat.

“Saya bukan jenis setiap benda nak luahkan di Twitter dan Instagram jadi saya berharap tahun 2020 nanti orang ramai boleh kurangkan penggunaan laman sosial untuk perkara-perkara yang neg@tif,” kata Vivy.

Vivy ditemui ketika majlis pelancaran koleksi dUCK x Barbie yang berlangsung di butik dUCK, One Utama, Petaling Jaya, pada Jumaat.

Tambah Vivy lagi, unsur-unsur neg@tif seperti buli, ‘body shaming’ dan mengh3ntam satu sama lain di laman sosial perlu dihentikan dengan segera.

“Berhentilah memalukan sesiapa di laman sosial. Saya bercakap bukan dari pihak saya seorang tetapi untuk semua orang,” gesa Vivy.

Terdahulu, Vivy pernah menjadi kec@man warganet apabila melakukan cabaran bercakap dalam bahasa Melayu (BM) sekitar bulan Ogos lalu.

Walaupun memberikan mesej yang positif agar orang ramai memperkasakan BM, dia ditvduh malu untuk berbahasa Melayu dan sengaja untuk tidak fasih.

Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dah telah dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah, 6, Mariam Iman Shah, 4 dan Sarah Ilham Shah, satu tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Jangan Bawa Sikap Suka Memb@wang Masuk Tahun 2020” – Vivy Yusof Gesa Netizen Lebih Mat@ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*