Hulurkan Bantuan Kepada Sebuah Keluarga, Netizen Puji Budi Baik Anzalna Nasir

Aktres jelita Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira apabila dapat membantu sebuah keluarga yang berada dalam kesempitan wang.

Jelas Anzalna dia menegaskan tujuannya berkongsi bukan untuk menunjuk kebajikan yang dilakukannya.

“Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi.

“Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. 

“Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni.

“@the_angguns dan @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. 

“Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan.

“Insya-Allah akan teruskan usaha ini. Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ini,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini. Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel. ❤️ Thanks mum, dad @hanif_zaki @diananasir86 @afifahnasir93 @mianasir91 @nazirahnasir97 @happikiddo_ @Amy_alongz for being part of this charity.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Youtube miliknya.

Menerusi video tersebut, Anzalna memberi barangan bayi memandangkan keluarga tersebut baru saja menimang cahaya mata.

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji dengan sikap keprihatinannya membantu orang yang berada dalam kesusahan.

“Baiknya hati @anzalnanasir88. Moga jadi contoh yang baik untuk orang-orang di luar sana. Moga Allah murahkan rezeki awak sekeluarga selalu.

“Tersentuh hati. Semoga dimurahkan rezeki Anzalna sekeluarga. Amin.

“Ini sebab I suka you sis sebab hati you baik.  Teruskan memberi manfaat buat orang lain,” antara komen pengikutnya.

Turut bersama adalah kakaknya, Diana yang juga merupakan seorang pelakon serta anak saudaranya, Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan Anggun Darniella.

Untuk makluman semua Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Selepas beberapa tahun hidup berdua, mereka menyambut kelahiran Eidrees pada 31 Mei lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Hulurkan Bantuan Kepada Sebuah Keluarga, Netizen Puji Budi Baik Anzalna Nasir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*