Serba boleh, Naqiu dipuji ramai miliki ‘aura’ untuk bergelar juara!

Setelah berminggu-minggu melakukan persembahan terbaik, penyanyi Naqiu dari kumpulan Boboy sudah dikatakan bakal menjadi juara.

Manakan tak, jika sebelum ini dia sudah menyanyi pelbagai genre lagu yang hebat-hebat belaka yang mana Naqiu sudah membawa lagu rock, balada dan kali ini dia menyanyi pula lagu irama etnik kreatif dari Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bertajuk Tinting.

Naqiu dikatakan bakal juara

Kesungguhan Naqiu di pentas Gegar Vaganza musim keenam ini menarik perhatian ramai. Apatah lagi dia sering membawa kelainan sehingga dikatakan serba boleh. Jadi tidak mustahil juga, bayangan peminatnya bakal menjadi kenyataan.

Diruangan komen menerusi nyanyiannya yang dikongsikan menerusi YouTube ini juga mendapat pelbagai respon luar biasa penonton Gegar Vaganza minggu ke 9 ini.

Dia dikatakan penyanyi Melayu yang satu dalam sejuta selain peminat juga merasakan Naqiu layak menerima pujian.

Sedap…

Tahniah Naqiu…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Gempak VIA HCL

Be the first to comment on "Serba boleh, Naqiu dipuji ramai miliki ‘aura’ untuk bergelar juara!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*