Markah 4 Tercorot Dekat-Dekat, Produksi Putuskan Tiada Penyingkiran Suku Akhir GV2019!

Tiadanya peny1ngk1ran pada minggu suku akhir Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mencetuskan rasa curiga akan permainan tahun ini.

Bercampur reaksi dalam kalangan penonton, suka atau tidak kepalan-lapan bintang GV2019 yang berentap pada suku akhir diselamatkan dan bakal mara ke pusingan separuh akhir minggu hadapan.

Menjelaskan akan perkara tersebut, kata Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Emarina Kamal, keputusan itu dibuat memandangkan kedudukan markah empat bintang paling bawah sangat tipis.

“Markah empat tercorot dekat sangat jadi kami sebulat suara putuskan tiada peny1ngk1ran pada minggu ini untuk memberikan peluang seminggu lagi sebelum ke final.

“Pada minggu hadapan mereka akan melakukan dua tugasan jadi cabaran akan bertambah berat dan daripada situ akan dinilai sama ada siapa yang betul-betul bersedia,” katanya kepada Gempak.

Empat bintang terbawah minggu suku akhir iaitu Nurfatima, Noorshila Amin, Sham Visa dan Wann masing-masing memperoleh markah 58, 57 dan 56 peratus.

Namun, pihaknya masih belum memutuskan berapa bintang GV2019 akan ters1ngkir pada minggu separuh akhir nanti.

“Keputusan berapa bintang yang akan tersingkir pada minggu hadapan (separuh akhir) masih belum ditetapkan. Mungkin 8 mungkin 6, kita tidak tahu.

“GV2019 agak ‘tricky’ sebab tiada sebarang formula pun perlu diikut. Kita tunggu pada malam separuh akhir nanti,” jelasnya.

Pada pusingan suku akhir, kumpulan One Nation Emcees berjaya menduduki tangga pertama manakala Wann berada di kedudukan paling bawah.

Tambah juri tetap Datuk Ramli MS, pusingan separuh akhir akan menjadi lebih sengit memandangkan semuanya mahu berjuang untuk ke final.

“Semua akan bermati-matian untuk ke final nanti. Pada suku akhir, kesemua 8 bintang tak stabil, malah yang selalu dapat tempat pertama pun goyang.

“Saya yakin, kualiti persembahan akan meningkat dan orang akan memberikan perhatian lebih,” tambahnya.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Markah 4 Tercorot Dekat-Dekat, Produksi Putuskan Tiada Penyingkiran Suku Akhir GV2019!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*