Nina Iskandar Alami Keletihan Mel@mpau, Asyik Nak Tidur

Pelakon Nina Iskandar yang sedang sarat mengandung anak sulung meluahkan rasa bimbang dengan keadaan dirinya yang mengalami keadaan keletihan melampau.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 28, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

“Saya mengalami keletihan melampau sejak kebelakangan ini. Saya tidak boleh tidur nyenyak pada waktu malam memandangkan saya tidak berasa selesa dengan sebarang posisi tidur. Bahkan, saya juga terpaksa kerapa bangun untuk ke tandas.

“Selepas Subuh, saya akan tertidur dan bangun untuk sarapan dan tidur lagi sehingga waktu makan tengah hari. Sebelum dan selepas Zuhur saya akan tidur lagi untuk beberapa jam,” luahnya.

Menurut pelakon drama Papa Ricky itu, situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan dia sukar untuk melaksanakan rutin hariannya.

“Saya mudah berasa lesu sekarang ini dan menjadikan diri saya tidak produktif dan sukar untuk menjalani kehidupan harian. Bahkan, keadaan saya ini mengganggu mood saya untuk melakukan apa sahaja.

“Bilakah hal ini akan berakhir? Rasa seperti melalui fasa trimester pertama semula. Ada sesiapa di sini pernah melalui pengalaman sama? Merasakan seperti anda tidur 24/7. tolong beritahu yang saya bahawa ini adalah sesuatu yang normal,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Please share your experience. Would be great to know this isn’t abnormal and I’m not alone 😔

A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on

 

Kebimbangan Nina itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mengatakan bahawa Nina tidak keseorangan, sebaliknya ia merupakan gejala normal yang mungkin dialami oleh seorang ibu mengandung.

“Saya pun sedang menunggu hari dan melalui situasi yang sama. Semoga anda terus tabah,” tulis salah seorang netizen.

Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah drama, Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu.

Aktres filem Pengantin Malam itu kemudian mendedahkan dirinya hamil pada Ogos lalu dan memberi gambaran bahawa bakal melahirkan anak sulungnya pada 2020.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Nina Iskandar Alami Keletihan Mel@mpau, Asyik Nak Tidur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*