Nadia Aqilah Kongsi Gambar Bayi, Pilih Nama Anak Senja

Pelakon Nadia Aqilah berkongsi gambar bayi sulungnya kepada umum buat pertama kali di Instagram semalam selepas selamat melahirkan seorang puteri pada 4 Disember lalu.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Aqilah Bajuri, 34, turut mendedahkan nama bayi sulungnya itu yang diberi nama, Senja Aqila.

“Mama kata saya nakal sebab keluar awal tiga minggu. Namun, Mama juga beritahu apabila dia mendengar tangisan pertama saya, segala sakit di dunia sudah tak ada makna sebab Senja dah ubatkan segala-galanya.

“Saya tak sabar nak kenal dengan Baba dan Mama. Tolong beri sedikit masa untuk saya menghabiskan masa dengan mereka sebelum makcik dan pakcik datang untuk memberikan ciuman dan kasih sayang okay? Kalau anda tak sihat, boleh datang selepas anda semua sembuh ya? Saya anak kesayangan Baba, Senja Aqila Binti Saiful Ridzuan,” tulis Nadia di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mama said she never knew how much pain a body can take, Subhanallah. Mama kata saya naughty sebab keluar awal 3 minggu. But Mama also said when she first heard me cry, segala sakit di dunia sudah tak ada makna, sebab Senja dah ubat kan segala galanya. I can’t wait to get to know my Baba & Mama. I heard they’re pretty cool together 🤪 . . please give me some time to spend time with them before my beloved aunties & uncles can come and shower me with love & kisses ok? And if you’re not feeling too well, you come visit me after you’re healed please? Baba’s fav girl, Senja Aqila binti Saiful Ridzuan 🦋 . . I arrived on December 4th, 2.95 kg, 51cm. Assalamualaikum semua, may I be protected by love forever ❤️ #duanadilittlemermaid

A post shared by Miss Nadia, that’s me 💋 (@missnadiaaqilah) on

Perkongsian nama Senja itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang menyifatkan nama tersebut cukup unik.

“Senja! Perkataan yang saya suka! Saya pernah buat teater Tajuk Senja Lara. Senja, awak juga akan jadi kesayangan saya,tak sabar nak berjumpa awak,” tulis aktres Dr. Norzizi Zulkifli.

Pelakon filem Dendam Pontianak itu selamat melahirkan bayi sulungnya seberat 2.95 kilogram pada 4 Disember lalu.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada 20 April 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Nadia Aqilah Kongsi Gambar Bayi, Pilih Nama Anak Senja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*