Kedai Dobi Layan Diri Dipuji Kerana Sediakan Perkhidmatan Untuk…

Kedai dobi layan diri di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Industri yang semakin berkembang di Malaysia ini memberi peluang ramai untuk menjana pendapatan melaluinya. Namun sebuah kedai dobi berkonsepkan layan diri ini dipuji ramai kerana memberikan perkhidmatan percuma buat golongan asnaf.

Sesuatu inisiatif buat yang kurang berkemampuan atau individu tertentu untuk menggunakan perkhidmatan kedai dobi ini cukup ‘membuka mata’ orang ramai. Kedai dobi ini menjadi tular di sosial media selepas dikongsikan oleh pengguna Twitter.

Pemilik akaun Twitter theiliaqilah itu menulis kapsyen seperti berikut:

“Bagusnya dobi ni. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki tuan kedai.”

Berikut adalah foto yang dikongsikannya:

Perkongsian gadis ini meraih lebih 16,900 retweets dan 15,300 likes. Rata-rata netizen memuji inisiatif pemilik kedai ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ya Allah permurahkan rezeki dan permudahkanlah urusan hambamu itu. Aminn”

Ramai yang mendoakan pemilik kedai ini supaya murah rezeki.

“Pahala tuan kedai ni mengalir umpama sungai. Hebat”

Selain itu ada juga yang kagum dengan pemiliknya yang berfikir kreatif membantu orang yang memerlukan.

“Harap janganlah ada orang yang sengaja amik kesempatan atas peluang yang macamni..Semoga Allah melipat gandakan rezeki owner dobi ni”

Malah ada juga yang berharap supaya tidak ada yang mengambil kesempatan diatas pemilik kedai yang baik hati ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: theiliaqilah via HCL

Be the first to comment on "Kedai Dobi Layan Diri Dipuji Kerana Sediakan Perkhidmatan Untuk…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*