Meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan umrah di Mekah, Pencetus Ummah (PU) Abu merasakan dirinya bagaikan tidak putus-putus dikurniakan rezeki dariNya.
Kongsi Abu, meski tidak mempunyai jumlah wang yang besar, namun dia bersyukur kerana berkesempatan diberikan rezeki menunaikan umrah beberapa kali.
“Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki buat aku untuk kerjakan umrah beberapa kali meskipun tak kaya dan kalau ikut pada kemampuan memang tak mampu namun Allah rezekikan juga.
“Kita harus faham satu benda rezeki itu tak mengenal kekayaan,pekerjaan,keturunan dan apa pun i tak kenal kerana kalau dah ditentukan oleh Allah maka takde siapa mampu halang.
“Kalau teringin sangat nak pergi Umrah,hari2 jgn putus doa sebab orang yang berkehendak dengan kehendak yg sungguh2 pasti Allah tunjuk jalan,” tulisnya.
Malah, Abu turut menyimpan impian untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinah.
“Aku dah pun menjejakkan kaki ke sini,next impian aku adalah nak mati di bumi madinah.
“Jadi aku tak boleh putus doa untuk Allah tarik ny4wa aku di bumi madinah.Tolong doakan juga ye.Moga Allah pilih korang juga untuk jadi tetamu dia,” doa Abu.
Abu dan para jemaah lain telah berangkat ke Tanah Suci beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, isterinya Hana Azraa tidak mengikuti jemaah umrah lain, kali ini.
Pada masa sama, pemilik nama penuh Abu Sufyan Mohd Mokhtar Roshdi itu juga turut berkongsi aktivitinya sepanjang berada di tanah suci.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:Instagtam Pu Abu via NOTE UNTUK AWAK
Be the first to comment on "“Impian Aku Nak Matl Di Bvmi Madinah,” PU Abu"