Iklan Gadis Melancong Ke Thailand Terbaring Kaku Buat Netizen Cuak!

Melancong ke negara asing adalah satu pengalaman yang mendebarkan kerana kita secara automatik terdedah kepada persekitaran baru yang tidak dapat diduga.

Tambahan pula jika kita melawat negara yang tidak fasih menggunakan bahasa Inggeris, kita pasti akan berdepan dengan kesukaran untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Akibatnya kita akan mudah terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini, mudah disalah faham serta teraniaya.

Pengembaraan yang ditunggu-tunggu boleh bertukar menjadi m1mpi buruk sekiranya kita tidak berhati-hati, seperti yang terjadi kepada seorang pelancong wanita ini.

Dalam satu iklan yang tular, seorang gadis bernama Anna telah melancong ke Thailand untuk bertemu teman lelakinya.

Namun beberapa jam kemudian dia didapati terlantar di atas sebuah katil dalam keadaan kaku dan tidak dapat bergerak.

Beberapa orang yang telah bertemu dengan gadis itu dsoal untuk meny1asat apa yang telah terjadi kepada Anna.

Rata-rata netizen yang menonton bahagian awal video iklan itu menyangka gadis itu telah dicvlik dan diberikan dad@h sehingga tidak dapat bergerak.

 

Namun dalam video kedua barulah didedahkan bahawa apa yang berlaku kepada Anna adalah salah gadis itu sendiri.

Menurut doktor, gadis itu mengalami ‘sindr0m tulang rahang’, di mana tulang rahangnya tersekat kerana tidak henti-henti makan.

Oleh itu gadis tersebut terpaksa menunggu sehinggalah perutnya menghadam semua makanan, sebelum dia bergerak semula .

Berikutan itu teman lelakinya membawanya pulang ke hotel dan membaringkannya di atas katil dalam keadaan mulut ternganga dan badan yang kejang. Lebih melucukan, Anna sempat meminta ‘Thai sausage’ dalam keadaannya yang begitu.

Plot twist iklan berkenaan yang bertujuan untuk mempromosikan keenakkan makanan di Thailand membuat netizen terhibur dan memuji kreativiti video berkenaan.

“Aku dah cuak…”

“Buat suspense je…”

“Ingatkan citer hantu…”

 

“Ingat movie laa…”

 

“Ingtkan serial killer…”

“Terus rasa mcm tknak pgi…”

“Win dgn plot twist…”

“Otak depa ni…”

“Ads thailand mmg power…”

“Kreatif…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Iklan Gadis Melancong Ke Thailand Terbaring Kaku Buat Netizen Cuak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*