Buat Roti Dengan Resipi Luar Biasa, Netizen Tak Dapat Terima

Minat dalam bidang pembuatan roti dan biskut bukan sahaja dapat memberi ganjaran yang berbaloi. Selain dapat menghidangkan hasil masakan kepada keluarga, kita juga boleh menggunakan minat itu untuk menjana pendapatan.

Namun kemahiran membuat roti bukan sesuatu yang senang untuk dipelajari kerana setiap resipi mempunyai kaedah yang berbeza-beza.

Proses membuat roti juga sukar dan memerlukan kesabaran, ketepatan sukatan bahan-bahan, dan perlu menggunakan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang dingini.

Walaupun pembuatannya mengambil masa dan tenaga, kepuasan yang dirasai apabila kita berjaya menghasilkan hidangan pencuci mulut yang sedap adalah sangat berbaloi.

Selain itu, dengan memahami seni pembuatan roti, kek dan lain-lain, kita mampu mengubah suai resipi mengikut cita rasa.

Seorang individu juga telah menunjukkan bagaimana dia mengubah suai resipi membuat roti dengan menggunakan bahan-bahan yang luar dari kebiasaan.

Dalam video TikTok yang tular, individu berkenaan memasukkan bedak Johnson Baby ke dalam mangkuk pemutar untuk menggantikan tepung.

Dia kemudian memasukkan beberepa biji telur, sebelum menuang minyak bayi ke dalam bekas dan memutar bahan-bahan itu menjadi doh.

Seterusnya dia menyemburkan Febreze ke dalam bekas adunan sebelum memasukkan doh itu untuk dibiarkan beberapa minit.

Selepas itu individu berkenaan membentuk roti itu dan membakar doh di dalam oven, sebelum menunjukkan hasil roti Challah yang nampak sungguh menyelerakan.

Walau bagaimanapun netizen tidak dapat menerima bahawa roti itu dihasikan dengan bahan-bahan yang tidak boleh dimakan.

“Panggil polis…”

 

“Kenapa tak guna gam sebagai telur…”

“Mungkin untuk jadikan display kat kedai…”

“Bagi makan kat sedara yang kau tak suka…”

“Nak tahu apa rasa dia…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Buat Roti Dengan Resipi Luar Biasa, Netizen Tak Dapat Terima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*