Tiada Tunai Tiada Hal, Peng3mis Minta Scan QR Kod Untuk Sedekah!

Dunia hari ini semakin hari semakin maju. Tiada apa yang mustahil bakal berlaku dengan adanya penambahbaikan teknologi hari ini. Malah dengan adanya pelbagai ciptaan baru direka pastinya ia mampu memudahkan urusan manusia. Salah satunya adalah e-wallet yang semakin digunakan ramai orang kini. Tiada tunai pun tidak mengapa, janji ada baki dalam akaun konsepnya.

Tidak risau untuk bawa wang tunai merata-rata ke mana juga yang anda mahu pergi, segala transaksi pembayaran hanya memakai dalam talian. Apa yang penting baki dalam akaun dan internet. Selesai masalah!

Terbaru, seorang pengemis menjadi sensasi di internet kerana meminta sedekah menggunakan QR kod. Peng3mis tersebut memanfaatkan teknologi hari ini dengan baik sekali!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Fazil Irwan, kejadian itu dilalui temannya sendiri ketika di Beijing China.

Menerusi kapsyen ditulis Fazil Irwan, rakannya itu dalam perjalanan keluar makan malam dan peng3mis yang kelihatan sudah agak berusia itu menghampirinya dan meminta wang.

Namun rakannya itu memberitahu dia tiada wang tunai. Pengemis itu kemudiannya mengeluarkan sekeping kad dengan QR kod dan memberitahu dia turut menerima sumbangan melalui WeChat.

Perkongsian lelaki ini meraih 17,000 shares dan pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya terkejut dengan cara pengemis ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Fazil Irwan via HCL

Be the first to comment on "Tiada Tunai Tiada Hal, Peng3mis Minta Scan QR Kod Untuk Sedekah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*