“Aku ger@m…”- Naqiu pula ‘prank’ Tomok, siap nyanyi lagu Didi & Friends!

Bagi peminat rancangan Trek Selebriti, pastinya segmen prank selebriti terkenal tanah air sesama selebriti paling mencuit hati ramai.

Malah, video pendek dikongsikan mengenai segmen prank dari rancangan hiburan popular itu sudah tentu membuatkan netizen terhibur dengan gelagat lucu selebriti kesayangan mereka.

Segmen prank buat ramai gelak

Apatah lagi, reaksi selebriti yang kena ‘prank’ itu juga sangat lucu dan termasuklah episod kali ini yang mendapat perhatian ramai.

Menerusi laman Instagram Official Hlive, gelagat penyanyi popular Naqiu Boboy dan Tomok membuatkan ramai berdekah.

Manakan tak, Tomok siap nyanyi lagu popular kanak-kanak daripada Didi & Friends. Naqiu yang kini merupakan diantara peserta Gegar Vaganza musim keenam lalu kononnya diberikan tema lagu kanak-kanak.

Setelah Naqiu meminta tolong sahabatnya itu membuatkan Tomok terus mengajar dan siap menyanyi lagu Didi & Friends yang dapat didengar menerusi video dikongsikan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dulu masa muda, member layan lagu jiwang,skang dah jadi bapak orang, layan lagu anak2 jer lah 😂💪🏻 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti @thisisnaqiu bersama hos @aliffarhan_jr 🔥🔥🔥 SETIAP JUMAAT| 9.30 PM | ASTRO RIA #trekselebriti #gegarvaganza2019

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Dalam pada itu, Naqiu juga kelihatan meminta maaf dengan sahabatnya itu dengan mengakui dia telah di prank. Manakala reaksi Tomok juga membuatkan ramai meninggalkan pelbagai maklum balas terhibur dengannya.

Hahaha tayar bas berpusing2

Kau dengar. Kelakar wey

 

Bagi yang mahu menyaksikan mereka boleh menonton Trek Selebriti ini pada jam 9.30 malam, setiap Jumaat di Astro Ria

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "“Aku ger@m…”- Naqiu pula ‘prank’ Tomok, siap nyanyi lagu Didi & Friends!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*