(Video) Drogba Selfie Guna iPhone 6 Tarik Perhatian Dunia

Kylian Mbappe akhirnya berpeluang untuk mengambil selfie bersama seorang lagenda pasukan Chelsea, Didier Drogba selepas 10 tahun lalu permintaannya dikatakan ditolak oleh bekas peny3rang Chelsea tersebut.

Kembali kepada bulan Mei 2009, Didier Drogba dipercayai sangat mar@h dengan prestasi pengadil yang menolak permintaan penalti sebanyak empat kali untuk Chelsea ketika pasukan itu bertemu Barcelona bagi perlawanan separuh akhir UEFA Champions League pada tahun itu.

Pada waktu itu juga, seorang remaja meminta untuk bergambar dengannya namun permintaan itu dikatakan telah dit0lak oleh Drogba ekoran perasaan marahnya. Walau bagaimanapun, pada tahun ini, remaja berkenaan iaitu Mbappe dapat memenuhi hasratnya apabila Drogba sendiri mengambil selfie pada majlis Ballon d’Or di Paris.

“Gambar untuk diingati”

Sepuluh tahun yang lalu selepas Chelsea melawan Barcelona, seorang kanak-kanak datang kepada saya dan mahu mengambil gambar.

Pada hari itu saya berkata tidak kerana keputusan pengadil yang memalukan. Sekarang saya tahu kanak-kanak itu adalah Mbappe. Saya mahu membayar hutang saya sekarang.

Namun, apa yang menarik perhatian rata-rata netizen ialah model telefon yang digunakan oleh bekas peny3rang Chelsea itu untuk mengambil gambar. Dalam rakaman tersebut, Drogba dilihat memegang telefon bimbit dipercayai jenis Iphone 6s untuk mengambil selfie bersama Mbappe dan juga hadirin.

Ekoran itu, netizen mula membandingkan telefon bimbit yang digunakan oleh Drogba ketika itu dengan trend masa kini yang memilih telefon bimbit lebih mewah.

“Apa yang Drogba lakukan dengan Iphone 6s?”

“Sedangkan Drogba menggunakan iPhone 6.”

“Drogba rilek je guna iPhone 6. Kau yang belajar tak habis dah belikan makwe iPhone latest bayar bulan-bulan contract guna telco”

“Drogba beli telco kot, ikat 9 tahun hahahahaha”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: #BallondOr / Twitter via Siakap Keli

Be the first to comment on "(Video) Drogba Selfie Guna iPhone 6 Tarik Perhatian Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*