‘Takvt M@ti Tanpa Sebarang Bekalan’ – ‘Klon’ Ziana Zain Kongsi Kisah Selepas Dua Tahun ‘Berhijrah’

Beberapa tahun dahulu, kemunculan ‘klon’ kepada penyanyi popular tanah air, Ziana Zain sering mendapat perhatian dan menjadi buah mulut masyarakat. Dia yang lebih dikenali sebagai Ziana Zain 2 sering dilihat berada di mana-mana sahaja artis itu berada malah pernah juga satu ketika dia mencuba nasib untuk menyertai sebuah rancangan realiti hanya kerana juri pada program itu adalah Ziana Zain.

Bagaimanapun sejak dua tahun lalu, individu dengan nama sebenarnya Nik Aidi Azhar Che Seman ini mula berhijrah daripada kehidupannya sebagai mak ny@h kepada seorang lelaki sejati sehingga mendapat perhatian umum.

Berubah dengan kerelaan hati

Menerusi laporan Harian Metro baru-baru ini, Nik Aidi memaklumkan bahawa keputusannya untuk berubah bukan kerana paksaan daripada sesiapa.

Namun sebaliknya, dia berkata dirinya mengambil keputusan tersebut kerana kerelaan dirinya sendiri lebih-lebih lagi bimbang dan takut dengan kem@tian.

Saya berubah dengan kerelaan sendiri kerana rasa takut melihat ramai orang men1nggal dvnia setiap hari, tidak kira tua atau muda.

Keadaan itu buat saya terfikir bagaimana jika saya men1nggal dvnia satu hari nanti tanpa membawa apa-apa bekalan.

Sering mimpi buruk

Cerita lelaki berusia 40 tahun ini, sebelum berubah dia sering didatangi mimpi ng3ri di dalam tidurnya termasuklah bermimpi dirinya men1nggal dvnia akibat dilanggar lori.

Selain itu, saya pernah bermimpi duduk di satu tempat dengan dikelilingi api, tetapi kini hidup saya lebih tenang tanpa ada gangguan sebegitu.

Ekoran daripada pelbagai mimpi yang dilaluinya itu, dia menganggap ia sebagai peringatan daripada Allah agar dirinya berubah ke arah yang lebih baik.

Namun jelasnya, perubahannya itu tidak dilakukan secara drastik dan ia bermula dengan mengubah penampilannya selain berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan mendirikan solat dan mempelajari ilmu agama.

Saya perlahan-lahan berubah dan baru-baru ini banyak ke masjid untuk solat. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi tinggal solat kerana solat lima waktu itu penting.

Rasa lebih tenang

Nik Aidi berkata dirinya kini berasa lebih tenang selepas melakukan transformasi yang besar dalam dirinya. Malah apa yang lebih menggembirakan, perubahannya itu mendapat sokongan yang sangat positif daripada kedua ibu bapanya.

Alhamdulillah, Allah SWT beri hidayah untuk berubah dan saya rasa lebih tenang, cuma karakter saya saja tidak boleh berubah kerana memang lembut seperti ini.

Biarlah apa orang nak kata kerana apa yang penting adalah niat saya untuk berubah dan terus berpakaian seperti lelaki.

Dalam pada itu, individu ini berkata dia masih belum memikirkan soal jodoh buat masa ini dan fokusnya pada ketika ini adalah untuk menjaga kedua ibu bapanya sahaja.

Tinggal pesanan untuk pengikut fb

Sementara itu carian kami di Facebook miliknya mendapati, dia turut memberikan pesanan positif kepada pengikutnya dengan mengingatkan netizen tentang kewajipan menunaikan solat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa syukur terhadap penghijrahannya itu malah turut mendoakan agar ianya kekal sampai bila-bila.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro, Facebook Nik Aidi Azhar Seman via OHBULAN

Be the first to comment on "‘Takvt M@ti Tanpa Sebarang Bekalan’ – ‘Klon’ Ziana Zain Kongsi Kisah Selepas Dua Tahun ‘Berhijrah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*