“Nak berc3rai, Lillahi Ta’ala… bukan datang daripada saya” – Sharnaaz tak mahu berp1sah, tetap pertahankan rumah tangga

PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu sebagai seorang suami dia wajib mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan yang juga kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor.

Bagaimanapun, pelakon filem Juvana ini berkata, dia menerima andai takdir sudah menentukan hubungan yang dibina selama dua tahun itu terpaksa berakhir.

“Kalau nak berc3rai, tak payah cakap banyak saya masuk dalam (dewan), saya dah berc3rai tapi kita ada prosedur dan und@ng-und@ng.

“Buat apa saya kahwin dengan dia kalau niat untuk berc3rai. Kalau nak berc3rai itu, Lillahi Ta’ala, bukan datang daripada saya.

Sharnaaz peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.

“Saya berkahwin dan tak ada niat untuk c3raikan dia. Biar yang itu (kes perc3raian) mahk@mah yang putuskan,” kata Sharnaaz.

Sharnaaz ditemui selepas selesai prosiding kes perc3raiannya yang dijalankan secara tertutup di Mahk@mah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada 6 November lalu, mahk@mah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perc3raian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Und@ng-Und@ng Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi proses itu, mahk@mah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

 

Sayang atau tidak sayang itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib.

SHARNAAZ AHMAD

Pelakon

Susulan itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pihaknya melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Noor Nabila memilih bapa tirinya.

Sehubungan itu, Mahk@mah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 16 Januari depan bagi keputusan hakam manakala sebutan semula permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz pada 25 Februari tahun hadapan.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai perasaanya terhadap Nabila, Pelakon drama Dia Yang Ku Cinta itu menganggap ia sesuatu perkara yang subjektif.

Bagaimanapun, dia menegaskan dirinya sudah mencuba untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

“Sayang atau tidak itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib. Sebab m@ti nanti Allah tanya saya kenapa tak pertahankan, saya dah cuba,” ujarnya.

Hak penjagaan anak pasangan ini masih belum ditetapkan.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu dia belum memulakan langkah seterusnya berhubung dengan hak penjagaan anak mereka iaitu Jebat Jayden.

Terdahulu, Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyvz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Nak berc3rai, Lillahi Ta’ala… bukan datang daripada saya” – Sharnaaz tak mahu berp1sah, tetap pertahankan rumah tangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*