Lagu Dah La best Tapi Kenapa Cameraman Asyik Fokus Dekat Wife Hafiz Je

Terkini apabila persembahan di tv3, siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lantang, Hafiz Suip apabila setiap kali lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bukan setakat itu, lagu Kisah Antara Kita nyanyian Hafiz juga turut tercalon dalam Semi Final Muzik Muzik ke 34 baru-baru ini. Jarang sekali lagu yang dibawa Hafiz tidak tercalon kerana vokalnya sentiasa mantap.

Lebih menarik lagi, sewaktu Hafiz sedang melakukan persembahan di Semi Final Muzik Muzik 34, juru kamera sempat memfokuskan kamera kepada isteri Hafiz yang dikenali sebagai Nureffy Jasreel Abdullah sehingga menjadi perbualan netizen di laman sosial media.

Walaupun Nureffy sedang hamil bayi kedua, dia tetap kelihatan cantik. Kecantikan yang dimiliki Nureffy turut dipuji oleh netizen menerusi ruangan komen.

 

“Cantik sungguh isteri dia,” tulis salah seorang netizen.
 

Selain itu, persembahan lagu Kisah Antara Kita mendapat pujian ramai apabila lagu yang disampaikan Hafiz penuh dengan penghayatan dan jarang sekali mengecewakan penonton serta peminat-peminatnya.

Ramai netizen berpendapat nyanyian Hafiz secara live tidak ubah suaranya seperti yang sering berkumandang di dalam radio.

 

 


Sementara itu, lagu Kisah Antara Kita antara 30 lagu yang telah tersenarai bagi separuh akhir Muzik Muzik 34. Lagu tersebut adalah lirik ciptaan Dato A. Aida dan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna serta Ayden Ali.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter iamajayrahman 

Be the first to comment on "Lagu Dah La best Tapi Kenapa Cameraman Asyik Fokus Dekat Wife Hafiz Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*