“Libas-libas ekor ucap terima kasih” – Netizen Terharu Lihat ‘Whale Shark’ Minta Bantuan Nelayan Potong Tali Di Badannya

Sepanjang tahun 2019 ni, banyak betul berita tentang haiwan eksotik atau jarang kita lihat selalu ni keluar dari habitat mereka. Macam contoh harimau yang muncul di kampung dekat Terengganu hari tu dan ikan dolphin yang dikatakan berkeliaran di persisiran pantai Pulau Pinang.

Terbaru, semalam viral di Twitter seekor ikan ‘whale shark’ atau ikan yu paus dilihat berada di perairan Bintulu, Sarawak. 

 

“Whale shark meminta bantuan nelayan memotong tali di badannya” 

Menerusi video tersebut, whale shark terbabit dilihat mendekati bot nelayan dan seakan-akan meminta bantuan manusia untuk membuka tali yang terikat pada badannya. 

Selepas tali tersebut dipotong, ikan tu ternyata nampak gembira dan melibas-libaskan ekornya tanda mengucapkan terima kasih dan ucapan ‘bye’. Awww so sweet! 

 

Video yang mendapat 8.6K retweets ini telah menerima pelbagai respon positif netizen yang rata-rata sangat terharu dengan tindakan nelayan-nelayan tersebut.

Ramai yang mendoakan semoga nelayan tersebut dimurahkan rezeki kerana membantu haiwan dalam kesakitan.

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Libas-libas ekor ucap terima kasih” – Netizen Terharu Lihat ‘Whale Shark’ Minta Bantuan Nelayan Potong Tali Di Badannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*