“Dorang buat jenayah ke?” – Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia, 6 Lelaki Ponteng Solat Jumaat Kena Masuk Penjara

Pertama kali dalam sejarah di Malaysia, enam lelaki Islam ditahan kerana ponteng solat Jumaat sebab pergi mandi air terjun.

Menurut Malay Mail, insiden ini berlaku pada 23 Ogos lalu bila enam lelaki termasuk tiga remaja diserbu semasa dorang sedang mandi di Air Terjun Sekayu di Terengganu antara pukul 1 hingga 1.50 petang.

Gambar Hiasan

Enam lelaki ini dikatakan telah ditahan semasa serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu. Untuk pengetahuan korang, pegawai yang melakukan tinjauan ini adalah pegawai wanita dan mereka juga yang telah menahan enam pesalah ini semasa mereka sedang mandi di air terjun bersama keluarga mereka.

Enam pesalah ini telah dihukum penjara selama sebulan dan didenda lebih RM2,000 oleh hakim Mahkamah Rendah Shariah Hulu Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof semalam.

Keenam-enam pesalah ini tak diwakili oleh mana-mana peguam dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

So apa pendapat korang, patut ke serbuan ni dibuat di seluruh negara?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Dorang buat jenayah ke?” – Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia, 6 Lelaki Ponteng Solat Jumaat Kena Masuk Penjara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*