Siapa Ingat ‘Scene’ Bercakaran Sampai Masuk Kolam Dulu-Dulu? Lisdawati & Rita Akhirnya Berdamai

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin itulah pegangan yang diambil oleh dua aktres Rita Rudaini dan Lisdawati apabila mereka sepakat memilih berdamai sekaligus meleraikan sengketa selama 13 tahun yang kecoh diperkatakan suatu ketika dulu.

Tak larat g4duh

Perg4duhan mereka mendapat liputan meluas media pada 2006 apabila mereka saling bercakaran sehingga ke dalam kolam renang. Babak yang sepatutnya menjadi lakonan bertukar realiti. Namun kini Rita dan Lisdawati sudah melupakan segalanya dan merapatkan hubungan yang renggang lebih sedekad.

Saya hanya mahu memandang ke hadapan. Tiada orang yang tidak mahu berubah. Lagipun, bukan sahaja umur meningkat, anak pun sudah bertambah. Tidak elok sekiranya kami terus bermasam muka.

Selepas insiden itu, saya mengaku beberapa kali bermimpi yang positif mengenai Rita. Saya anggap mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu kepada saya.

Kami sudah semakin berusia, tak laratlah hendak berg4duh. Lagipun industri ini kecil, jika ada yang cuba ‘mencucuk’ itu terpulanglah kepada mereka.

Tiada masalah berlakon bersama

Pertengkaran antara dua pelakon hebat itu dikatakan bersangkut-paut dengan suami Lisdawati, Fauzi Nawawi. Malah, suatu ketika dulu, Rita pernah membuat kenyataan untuk tidak berlakon bersama Fauzi. Namun, dalam pertemuan dibuat Melodi TV3 itu, mereka tidak kisah untuk bekerjasama.

Setakat ini, kami belum pernah mendapat tawaran berlakon bersama. Sekiranya ada tawaran, kami tiada masalah digandingkan bertiga dalam sebuah produksi.

Kami sudah lama bertegur sapa, cuma tiada kesempatan untuk berbual panjang. Kiranya, pada hari ini, barulah kami berkesempatan bertanya khabar dan perkembangan diri masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "Siapa Ingat ‘Scene’ Bercakaran Sampai Masuk Kolam Dulu-Dulu? Lisdawati & Rita Akhirnya Berdamai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*