Musim Banjir: Cuti 10,500 Anggota Bomba Dibekukan Hingga Februari

KUCHING, 1 Dis — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti kira-kira 10,500 pegawai dan anggotanya di seluruh negara sehingga Febuari tahun hadapan sebagai persediaan dalam menghadapi musim banjir.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata cuti pegawai dan anggota bomba yang bertugas di bahagian operasi telah mula dibekukan sejak September lepas dan akan diteruskan berikutan bencana banjir dilihat sudah mulai berlaku dalam negara.

“Sekarang ini tiga negeri sudah mengalami bencana banjir iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak. Kita percaya bencana ini akan berterusan sehingga Febuari (tahun depan),” katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Bomba Sukarela Peringkat Zon Borneo 2019 di Dewan Serbaguna JBPM Sarawak, Jalan Setia Raja, di sini, hari ini.

Beliau berkata pembekuan cuti itu juga merangkumi anggota bomba di Sarawak dan Sabah walaupun pihaknya menyedari ramai anggotanya yang akan menyambut perayaan Krismas hujung bulan ini.

Beliau seterusnya meminta orang ramai seluruh negara supaya sentiasa peka dengan segala peringatan, arahan dan nasihat yang diberikan agensi kecemasan khususnya JBPM, yang berkaitan bencana alam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Siakap Keli

Be the first to comment on "Musim Banjir: Cuti 10,500 Anggota Bomba Dibekukan Hingga Februari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*