“Kalau ada lelaki yang mahukan saya….” – Vanida Imran Letak Syarat Sebelum Serah Hati Kepada Seseorang

Berita kahwin, crai dalam kalangan selebriti tempatan bukanlah asing lagi.. yelah selebriti pun manusia biasa jugak kan, siapa yang nak crai kalau dah kahwin kan.

Tahun lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian aktres terkenal, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak – meskipun tanpa sebarang ura-ura negtif dalam rumah tangga mereka.

Menurut Vanidah kegagalan itu bagaimanapun tidak membuatkan hatinya tertutup untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup.

Namun katanya terdapat syarat tertentu yang perlu dipatuhi jika benar-benar serius ingin mengetuk pintu hatinya.

“Saya tak pernah menutup pintu hati ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak mencari jodoh. Malah, memang ada lelaki yang cuba mendekati, namun banyak faktor perlu saya fikirkan. Ia bukan mudah kerana saya mempunyai dua anak.

“Walaupun anak bersikap terbuka, saya masih perlu mengambil kira segala faktor berkaitan. Mereka pula sangat rapat dengan saya, terutama anak perempuan yang berusia 15 tahun itu. Sehingga kini, dia masih tidur dengan saya.

“Justeru, kalau ada lelaki yang mahukan saya, dia kenalah pandai mengambil hati mereka juga. Selain diri ini, dia juga perlu menyayangi anak-anak saya,” katanya, memetik BH Online.

Vee sebelum ini disahkan bercrai dengan Rashidi pada Ogos tahun lalu setelah 18 tahun berkongsi hidup bersama.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: LobakMerah

Be the first to comment on "“Kalau ada lelaki yang mahukan saya….” – Vanida Imran Letak Syarat Sebelum Serah Hati Kepada Seseorang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*