“Susah Juga Jadi Netizen Yang Cari Salah Orang Je” – Erma Fatima Perjelas Sebab Pakai Niqab

Pengarah dan penerbit Erma Fatima menepis pandangan negat1f sesetengah masyarakat tentang isu pemakaian niqab.

Menurut Erma, dia memakai niqab kerana ia merupakan adab apabila berjumpa habib atau ulama dari luar terutamanya negara Arab.

Erma berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Bila pakai niqab dia kata Islam extreme, dia kata fesyen, dia kata taksub…hmm.. aku pakai bukan kerana extreme, apatah lagi menganggap niqab itu fesyen, salah tu.

“Aku pakai kerana itu adalah adab bila berjumpa habib atau ulamak dari luar terutamanya dari Arab, itu peradaban mereka yang harus dihormati.

“Memang dalam Al-Quran tak suruh pakai niqab, tapi kalau orang pakai niqab dah rasa selesa kenapa mesti kita pertikaikan, melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa tak akan jadi satu kesalahan?” tulis Erma di ruangan kapsyen.

Tambah Erma, sesetengah golongan yang sentiasa berfikiran negat1f harus mengubah sikap mereka.

“Susah juga jadi netizen yang cari salah orang je kan..masalah besar tu kalau hati dan fikir kita 24 jam negat1f.. kena ubat cepat sebelum parah sebab takda pakar dalam dunia boleh ubatkan penyakit hati ni,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian dari para pengikut Erma, rata-rata mereka meninggalkan respon positif di ruangan komen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila pakai niqab dia kata islam extreme..dia kata fashion..dia kata taksub…hmmm..aku pakai bukan kerana extreme..apatah lagi menganggap niqab itu fashion…salah tu. Aku pakai kerana itulah ADAB bila berjumpa habib atau ulamak dr luar terutama dr Arab. Itu PERADABAN mereka yg harus di hormati. Memang dlm quran tk suruh pakai niqab TAPI kalau org pakai niqab dah rasa selesa knp mesti kita pertikaikan. Melindungi wajah dari pandangan yg bole mengundang dosa tkn jadi satu kesalahan? 🙈🙈🙈 susah jugak jd netizen yg cari salah orang jer kan..masalah besar tu kalau hati dan fikir kita 24 jam negatif…kena ubat cepat2 sebelum parah sbb tkde pakar dlm dunia bole ubatkn penyakit hati ni. #hubabafatimahkadzim

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Sekadar info, Erma mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 1987 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Susah Juga Jadi Netizen Yang Cari Salah Orang Je” – Erma Fatima Perjelas Sebab Pakai Niqab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*