“Katanya Nak Pakai Lepas Operate” – Abang Kongsi Video Barangan Arwh Adik

“Aku masih tak percaya yang hang dah tiada,” itu bait-bait kata meruntun jiwa seorang abang selepas adiknya menghembuskan nafas terakhirnya, baru-baru ini.

Perkongsian video di Twitter oleh Mohammad Aiman Farhadan, 18, itu kemudian mendatangkan rasa sebak dalam kalangan netizen.

Menerusi posting tersebut Aiman berkongsi kisah mengenai adiknya, Hakal Najmi Mohd Zura, 15, yang bertarung nywa meIawan knser.

“Adik aku tak kuat adik. Aku masih tak percaya yang hang dah tak ada, ya Allah,” katanya.

Menerusi video berkenaan juga, Mohammad Aiman turut berkongsi barangan yang dibeli oleh adiknya sebelum bertemu ajaI.

“Dia kata dia nak pakai lepas dia pembdahan. Barang tu dah sampai tapi hmmm,” katanya.

Video berkenaan kemudian membuatkan ramai netizen sebak dan sayu.

Ada yang tidak sanggup melihat video tersebut hingga habis dan tidak kurang juga yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa Mohammad Aiman.

Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Katanya Nak Pakai Lepas Operate” – Abang Kongsi Video Barangan Arwh Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*