“Selesai k0nvo,” graduan berlari sjud dikaki ibu cetus hiba semua

Musim konvokesyen sudah pun menjengah ke penghujungnya. Pelbagai coretan kisah suka duka para graduan telah menutup tirai konvokesyen diseluruh isntitusi pelajaran tinggi untuk tahun ini.

Semestinya jutaan kata syukur dipanjatkan keatas Ilahi atas segala kurniaan sehingga para graduan berjaya menggengam skrol di atas pentas konvokesyen.

Menerusi satu perkongsian video yang diperoleh daripada laman Fecebook Tcher-colection, satu video memaparkan seorang graduan memeluk dan sujud di kaki ibunya selepas selesai menerima skrol di pentas konvokesyen betul-betul mengundang sebak.

Sujud di kaki bonda

selesai konvo

terus berlari jumpa bonda

Posted by Viral Kami Video on Thursday, November 28, 2019

Video yang berdurasi seminit lebih itu tular dan dipercayai graduan tersebut adalah lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa.

Menerusi video graduan tersebut yang lengkap berjubah konvo telah menghampiri seorang wanita dipercayai ibunya sambil memakaikan topi di kepala wanita itu.

Tanpa disangka, dia telah melutut  dan memeluk kaki ibunya yang terlihat sebak sambil memeluk pemuda itu.

Terharu tengok video ni

Perkongsian itu telah mendapat maklum balas yang pelbagai diruangan komen laman Facebook sumber. Rata-rata mengakui sebak dan terharu diatas tindakan spontan graduan tersebut.

Mereka juga memuji tindakan pemuda tersebut dan mendoakan agar dia mampu membalas jasa dan pengorbanan kelurga tercinta di kemudia hari nanti.

Semoga terus berjaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Tcher Colection, Aufar Sabrina A. Kadir via NUA

Be the first to comment on "“Selesai k0nvo,” graduan berlari sjud dikaki ibu cetus hiba semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*