“Sampai Berdiri Pun Tertidur”Abang Runner Tertidur Berdiri Sambil Galas Beg Makanan Buat Netizen Sebak.

Abang Runner Tertidur Berdiri Sambil Galas Beg Makanan Buat Netizen Syahdu.

Ramai yang mengeluh penat kerja seharian meskipun pejabat penuh dengan aircond di kiri dan kanan. Ada pula yang kata punggung kebas sebab 8 ke 9 jam duduk di kerusi pejabat , ada yang mengomel pejabat terlalu sejuk sampai terpaksa pakai sweater dan macam-macam lagi.

Namun pernahkan kita terfikir bagaimana pula dengan mereka di luar sana yang kerja di bawah panas terik matahari dengan cuaca kadangkala tak menentu kadang hujan kadang panas.

Ada pula yang bekerja di tepi jalan raya yang keselamatannya hanya ‘menanti masa’. Itu belum lagi kerja di sektor pembinaan yang terdedah kepada bahaya setiap masa.

Pernahkan mereka mengeluh? Meskipun gaji yang diperoleh hanya seciput. Bagi mereka asalkan cukup makan pakai anak bini sudah memadai.

“Abang Runner sampai tertidur”

Bagaimanapun gambar yang viral di media sosial baru-baru ini cukup menyentuh hati netizen dan menzahirkan keinsafan kepada sesiapa yang melihatnya, gambar ni pun admin ambik dari page facebook Anak Felda.

Ketika Kita Mengeluh

“Abang runner ni sampai tertidur penat demi mencari rezeki yg halal. Berteduh di bawah jambatan ketika hujan. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki bagi mereka bekerja dengan penuh jujur serta iklas.”

Admin tengok gambar ni pun sedih bila fikir-fikirkan balik waktu kita mengeluh dengan kerja dan tugasan yang dilakukan seharian..Padahal ramai lagi yang mengalami situasi lagi teruk

Malah ramai netizen tersentuh hati melihat kesungguhan dan pengorbanan lelaki tersebut demi mencari sesuap nasi.

“Peloh meleleh dr hujong rambut ke hujong kaki”

p/s : Sebagai kesimpulan, lepas ni kerja dengan bersungguh-sungguh ya dan jangan suka mengeluh okay!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Lobak Merah via Kl Press

Be the first to comment on "“Sampai Berdiri Pun Tertidur”Abang Runner Tertidur Berdiri Sambil Galas Beg Makanan Buat Netizen Sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*