“Terima Kasih Ingatkan” – Netizen Puji Fikry Ibrahim Minta Peminat Rakam Drama Rindu Yang Terlarang, Sambung Tengok Lepas Solat

Lakonan Fikry Ibrahim dalam drama bersiri terbaru, Rindu Yang Terlarang, bersama Zahirah Macwilson kini mendapat perhatian hangat daripada penonton drama tempatan.

Lakonannya yang mantap dan bersahaja membuatkan ramai peminat-peminat wanita yang jatuh hati dengan caranya.

Namun begitu, ada lagi perkara yang membuatkan Fikry Ibrahim ini lain daripada pelakon yang sedia ada. Cara dia mengingatkan penonton supaya mendirikan solat dahulu sebelum menonton drama tersebut menjadi pujian ramai.

“Lagi beberapa minit ja lagi guys, jangan lupa record, solat, lepas tu sambung tengok (Rindu Yang Terlarang)!” tulis Fikry pada satu entri di Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lagi berapa minit ja lagi guys, jangan lupa record, solat lepastu sambung tengok! #RINDUYANGTERLARANG

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Pesanan tersebut turut mendapat perhatian ramai netizen yang meninggalkan komen-komen positif.

“Bagusnya suruh solat dulu. That’s ma boy!” tulis @siti_ft

“Mantap, suruh solat dulu,” komen @qeywee.

“Bagus Fikry Ibrahim ni. Ingatkan solat. Artis terbaik,” puji @areenakitchen

“Cerita wajib tengok lepas magrib. Love teroks drama ni. Pandai Fikry Ibrahim bawak watak kelakar,” tulis @jiejiejah.

“Thank you ingatkan Fikry Ibrahim. Solat first,” tulis @shafizanursha.

Selain Fikry dan Zahirah, drama bersiri ini turut menampilkan Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin, Kartina Aziz, Putri Hanan dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Rindu Yang Terlarang di slot Dramavaganza setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #RinduYangTerlarang untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Terima Kasih Ingatkan” – Netizen Puji Fikry Ibrahim Minta Peminat Rakam Drama Rindu Yang Terlarang, Sambung Tengok Lepas Solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*