“Masih berkepit dengan ibu,” Haqiem Rusli bawa ‘cinta hati’ tunai umrah bersama

Penyanyi lelaki popular, Haqiem Rusli harini telah memaklumkan mengenai keberangkatannya menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.

Tunai umrah diusia muda

Perkara tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instgramnya pagi tadi. Haqiem yang popular dengan lagu Tergantung Sepi ini dilihat turut memohon maaf andai melakukan sebarang kesilapan sebelum dia bertolak pergi ke Tanah Suci.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🙂

A post shared by @ haqiemrusli98_ on

Pergi bersama ibu tercinta

Menerusi muat naik di Instagram, Haqiem Rusli akan pergi ke Tanah Suci bersama ibu tercinta dan beberapa lagi kenalan mengikuti travel agensi Andalusia.

Penyanyi itu kelihatan tenang melayan para peminatnya yang hadir ke lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan buatnya.

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen di Instagram penyanyi yang sedang meningkat naik tersebut, rata-rata peminatnya telah mendoakan agar ibadah yang akan dilaksanakan oleh Haqiem serta rombongan umrah diberi kemudahan.

Mereka juga berharap agar penyanyi kesayangan mereka memperoleh umrah yang mabrur serta selamat pergi dan balik dari ibadah tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Haqiem Rusli via Note Untuk Awak

Be the first to comment on "“Masih berkepit dengan ibu,” Haqiem Rusli bawa ‘cinta hati’ tunai umrah bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*