“Isteri Mana Tak Risau?” – Amyza Aznan Tak Nak MenyesaI, Angkut Suami Pergi Kerja

Akibat kesihatan suami, Khairil Izhar Mohd Nazir yang tidak begitu baik, pelakon Amyza Aznan sanggup berk0rban apa sahaja demi melihat suami kembali pulih.

Begitulah semangat juang seorang isteri yang mahu mengembalikan semangat suaminya agar kelihatan gembira dan sihat seperti dahulu kala.

Foto: Harian Metro

Dia mengatakan pada Mymetro, suaminya dari segi zahir kelihatan baik sahaja, namun hakikatnya dia sering mengadu badannya pada bahagian kanan berasa kebas.

Ya, isteri mana yang tidak risau melihat suami dalam keadaan begini dan hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Amyza. Dia mengatakan pada suami bahawa itu hanya mainan perasaan dia sahaja ketika dalam keadaan sak1t.

Selain itu, dia juga sentiasa berpesan pada suaminya untuk tidak merasa susah hati dan terlalu banyak berfikir kerana dia sentiasa ada bersama suaminya.

Dia tidak akan sesekali berkongsi perkara yang sedih pada suami begitu juga pada anak-anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awas bila berkata… Dengan satu posting saje ko boleh MELINGKUP …xyah poyo 😏😏😏😏😏😏😏😏😏😏 Hanya yang POPULAR DAN BERPENGARUH MACAM CIK GAYAH HAVE HAVE SAHAJA MENDAPAT TAJAAN OUTFIT DARI….. @my_theexecutive 😘😍

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana anak-anak memahami keadaan keluarga tambahan pula kesibukan Amyza bekerja yang tidak menentu masa.

Jika mempunyai penggambaran di luar Kuala Lumpur, dia akan membawa sekali suaminya ke tempat kerja. Dia tidak mahu menyesal jika terjadi apa-apa pada suaminya. Dia lebih rela menjaganya sendiri tanpa pembantu rumah.

Amyza juga akan mengeluarkan belanja untuk hotel serta makan dan minum untuk suaminya asal dia berada di depan mata.

Tidak semua isteri sanggup bersusah-payah dengan pasangan, namun Amyza adalah contoh terbaik sebagai seorang isteri yang sanggup berk0rban menguruskan keluarga saat suami sedang sak1t.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Forum Cari

Be the first to comment on "“Isteri Mana Tak Risau?” – Amyza Aznan Tak Nak MenyesaI, Angkut Suami Pergi Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*