Rayuan Ditolak, Farid Kamil Terpaksa Redha Dengan Keputusan Ini

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, terpaksa merngkok dalam pnjara sejak Khamis lalu, selepas rayuannya untuk mengetepikan hkuman pnjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi di sini.

Farid Kamil yang juga suami kepada aktres, Diana Danielle, dijatuhi hkuman penjara sembilan bulan itu selepas disabitkan dengan kesalahan ddah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman, dalam penghakimannya menolak rayuan tertuduh, sebaliknya mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu.

“Hkuman pnjara terhadap tertuduh berkuat kuasa sejak Khamis minggu lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, ketika prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu berlangsung, Farid Kamil, 38, hadir bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga dengan menunggang motosikal.

Mei lalu, Farid Kamil atau nama sebenarnya Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhkan hkuman pnjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna ddah jenis gnja Tetra Hydrocnnibol (THC), tahun lalu.

Hkuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri.

Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hkuman di Penjara Kajang, Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, pelakon filem J Revolusi itu didakwa menggunakan ddah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018.

Berikutan itu, dia didkwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Ddah Berbhaya 1952.

Sumber/Foto: BHOnline via Gempak

Be the first to comment on "Rayuan Ditolak, Farid Kamil Terpaksa Redha Dengan Keputusan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*